Cari Duit Belanja-Persediaan Sumber Kewangan Anak Anda

MT- Education

“Saya tidak dapat meneruskan pelajaran kerana tidak dapat mencari duit belanja” adalah kenyataan pahit yang terpaksa dinyatakan oleh generasi bangsa kita apabila ditanya kenapa tidak menyambung pengajian ke peringkat yang tertinggi.

Perlukah alasan “halangan kewangan” ini berlanjutan?

Mungkinkah anak-anak kita di masa hadapan terpaksa membuat kenyataan serupa apabila perjalanan mereka mencapai cita-cita ke menara gading tersangkut di tengah jalan dek “ketidakmampuan” ibu bapa?

Sedarkah kita bahawa anak-anak kita mempunyai potensi yang mengkagumkan di dalam bidang akademik?
Atau kita sekadar berhempas pulas dengan pekerjaan yang mana di penghujung bulan, masih tidak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga? Tanpa sebarang peruntukan kewangan untuk persediaan masa depan mereka

Apabila tiba ketikanya, adakah kita sampai hati untuk mengatakan kepada anak kita
“Anakku yang kusayangi, kami tiada sumber kewangan untuk perbelanjaan untuk kamu melanjutkan pelajaran..”
Apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Bersalah? Bangga? Menyesal? Perlukah anda melalui semua kekalutan dan tekanan itu?

Wahai saudara dan saudariku, terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab apabila kita terpaksa melalui keadaan seperti di atas.

Jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, pandanglah ke wajah mereka, lihatlah ke dalam mata mereka, terokailah pemikiran mereka, fikirkanlah dan gambarkanlah, adakah sampai hati kita membiarkan cita-cita mereka dan masa hadapan mereka tergadai dek kesilapan kita?

Apakah persediaan anda?

Menanti sumber kewangan jatuh dari langit?

Menunggu masa untuk menandatangan borang permohonan biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk anak-anak anda?

Persoalan pertama, pastikah anda yang biasiswa pasti diberikan?

Persoalan kedua, mengapakah perlu berhutang atas nama menuntut ilmu?

Jadi, apa persiapan anda?

Apa nasihat kami?

Mudah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tidak, bukan maksudnya kami menyediakan bukit untuk anda membayar kos pengajian anak-anak anda nanti. Tidak juga kami maksudkan kami sudah lama menyediakan sebukit duit untuk membantu anda dalam hal ini.

Bijak pandai ada mengatakan, 'jika anda memberikan ikan kepada orang kelaparan, dia akan mati kelaparan keesokkannya. Tapi jika anda memberi joran dan mengajar memancing ikan kepada orang tersebut, nescaya dia akan dapat sumber makanan untuk meneruskan kehidupan'.

Kami tidak akan memberi duit kepada anda, tetapi kami ingin mengajar anda bagaimana menyediakan sumber kewangan untuk duit belanja secukupnya, dengan cara berdikit-dikit, sebagai persediaan untuk pengajian anak-anak anda nanti,. Fahamilah, 'yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang'. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya.

Kami ada joran (alatnya) dan cara memancing (sistemnya) untuk anda pelajari supaya anda berkemampuan menyediakan sumber kewangan pelajaran anak-anak anda nanti. Mungkin anda sudah mempunyai simpanan, tapi sila pastikan simpanan tersebut bertambah dalam gandaan yang berpatutan. Jika tidak, kami rasa anda masih juga memerlukan khidmat nasihat kami.

Tidak salah kita berbincang untuk kebaikan anak-anak bangsa kita, generasi kita.

Cukup-cukuplah pemimpin kita bertelagah sedangkan nasib kita belum tentu terbela. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya.

Jadi, jalan dah dibentang, usaha mesti dimulakan. Ruyung dah disediakan, kita mesti bersedia memecahkannya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tepuk dada, tanya selera. Hubungilah kami (duitbelanjaanaksekolah@gmail.com) untuk mula berbicara.

Cari Duit Belanja-Persediaan Sumber Kewangan Anak Anda

No comments:

Post a Comment